ASAP ketika rusuhan di penjara Castro Castro, Lima. FOTO AFP
ASAP ketika rusuhan di penjara Castro Castro, Lima. FOTO AFP
AFP

Lima: Sembilan banduan maut, manakala puluhan warden cedera dalam rusuhan di penjara Castro Castro, di sini, pada Selasa.

Kejadian itu berlaku selepas dua banduan di penjara berkenaan maut akibat Covid-19, kata pihak berkuasa Peru dalam satu kenyataan.

Rusuhan yang tercetus pada Isnin lalu itu sebelum ini dapat dikawal pihak berkuasa penjara dengan tiga kematian sebelum angka itu meningkat kepada sembilan.

Dalam kejadian sama juga, seramai 60 warden penjara, lima pegawai polis dan dua banduan cedera.

Mereka kini masih menerima rawatan di Institut Penjara Kebangsaan, kata kenyataan itu.

Jumlah kematian banduan akibat Covid-19 di penjara di Peru meningkat kepada 15 orang, sementara 600 lagi disahkan positif.

Rusuhan itu berlaku dipercayai berpunca daripada kebimbangan banduan terhadap penularan wabak itu di dalam penjara yang sesak.

Pada Selasa, banduan di Lurigancho sebuah penjara terbesar di negara berkenaan mengadakan protes selama dua jam menuntut perlindungan bagi menentang penularan pandemik berkenaan.

"Kami akan mati dan jangan biarkan kami dijangkiti. Kami memerlukan rawatan dan ubat," antara luahan banduan pada kain rentang.

Untuk rekod, Peru mencatatkan 31,190 kes positif dengan 854 kematian manakala 9,179 lagi pulih.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 April 2020 @ 10:48 AM