KAD ucapan ulang tahun Kapten Tom Moore  di sebuah sekolah di Bedford. FOTO AFP
KAD ucapan ulang tahun Kapten Tom Moore di sebuah sekolah di Bedford. FOTO AFP
Agensi

SEORANG veteran tentera di United Kingdom (UK) mendapat kejutan paling manis apabila menerima 125,000 kad ucapan hari lahirnya yang ke-100.

Straits Times melaporkan, Kapten Tom Moore menerima kad berkenaan dari seluruh dunia yang dihantar ke sekolah cucu lelaki itu belajar di Bedford di utara England.

Antara individu berprofil tinggi yang mengirim kad berkenaan ialah Putera William dan Kate Middleton serta kapten pasukan bola sepak kebangsaan England, Harry Kane.

Guru Besar sekolah itu, James Hodgson ditugaskan membuka dan mempamerkan kad ucapan diterima Moore.

"Kami menerima kad ucapan dari kanak-kanak berusia dua tahun hingga warga emas berusia 92 tahun," katanya.

Moore sebelum ini menarik perhatian dunia apabila mengumpul 29 juta Euro (kira-kira RM157.7 juta) untuk disalurkan kepada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NSH).

Sumbangan itu sebagai penghargaan kepada kakitangan kesihatan negara itu termasuk petugas barisan hadapan yang bergelut dengan penularan Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 April 2020 @ 6:01 AM