JAIR Bolsonaro. FOTO AFP
JAIR Bolsonaro. FOTO AFP
AFP

Rio de Janeiro: Amat jarang dua perkataan mampu menyebabkan kontroversi.

Bagaimanapun, ia berlaku apabila Presiden Brazil Jair Bolsonaro berkata, 'So what?' (Jadi, kenapa?) ketika menjawab soalan wartawan mengenai angka korban akibat Covid-19 di negara itu yang melebihi 5,000 orang.

Reaksinya itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan gabenor, ahli politik, pengamal perubatan dan media kerana dilihat tidak sensitif.

Bolsonaro tidak sunyi daripada kontroversi tetapi jawapannya kali ini membuat ramai berang memandangkan penularan wabak berkenaan di negara itu, ketika ini.

Brazil merekodkan lebih 91,000 kes Covid-19 dengan kematian mencecah 6,300 orang.

"So what? I'm sorry. What do you want me to do? (Jadi, kenapa? Maafkan saya. Apa yang kamu mahu saya lakukan)," katanya pada Selasa lalu.

Gabenor, Rio de Janeiro, Wilson Witzel menganggap kenyataan Presiden itu sebagai 'sesuatu tidak boleh diterima'.

Sementara itu, Gabenor Sao Paulo, Joao Doria pula menggesa Bolsonaro ke shospital untuk melihat mangsa wabak itu.

Dalam pada itu, Ketua Kesatuan Doktor negara itu, Eder Gatti meminta pemimpin berkenaan supaya lebih serius apabila bercakap mengenai virus itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mei 2020 @ 10:24 AM