ALEEZAY menunjukkan fon telinga yang diterimanya. FOTO Twitter
ALEEZAY menunjukkan fon telinga yang diterimanya. FOTO Twitter
Agensi

Dubai: Seorang wanita terkejut selepas menerima fon telinga bersaiz kepala manusia selepas membuat pesanan dari platform beli-belah dalam talian, Amazon.

Aleezay berkata, dia membeli fon telinga tiruan berkenaan dengan harga 50 pound sterling (kira-kira RM268).

Dia menyedari fon telinga yang ditempah adalah tiruan dan menyangka saiz diterima sama dengan item asli.

Namun, sebaik menerima bungkusan, dia terkejut apabila fon telinga dihantar bersaiz kepala manusia.

Malah, saiz fon telinga berkenaan lebih besar daripada kepalanya sendiri.

Menerusi Twitter, Aleezay berkata, "Saya terima AirPods dari Amazon. Ya Tuhan, saiznya besar".

"Saya sedar fon telinga ini tiruan dan tidak mahal namun tidak sangka ditipu," katanya.

Perkongsiannya itu tular dengan mendapat 385,000 tanda suka dengan 3,500 komen daripada warganet.

"Saya rasa itu adalah AirPods untuk gajah," komen seorang pengguna Twitter.

Seorang lagi pengguna Twitter berseloroh kerana menganggap AirPods itu untuk kegunaan gergasi.

"Saya hampir percaya itu pengering rambut tapi ia mungkin lebih sesuai dengan pengering telinga," kata seorang lagi warganet.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mei 2020 @ 7:00 AM