Anthony Fauci  Anthony Fauci.
Anthony Fauci Anthony Fauci.
AFP

Washington: Pakar penyakit berjangkit, Anthony Fauci adalah antara tiga anggota jawatankuasa koronavirus Rumah Putih yang perlu mengasingkan diri selepas berpotensi berdepan patogen virus berkenaan.

Jumaat lalu, setiausaha akhbar Naib Presiden, Mike Pence disahkan positif Covid-19 dan menimbulkan kebimbangan ia mungkin turut menjangkiti kakitangan lain.

CNN melaporkan, Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Robert Redfield dan Komisioner Pentadbiran Ubat dan Makanan, Stephen Hahn turut akn mengasingkan diri.

Namun, Fauci yang menjadi wajah paling dipercayai dalam menyampaikan maklumat berkaitan pandemik berkenaan akan menjalani proses 'kuarantin yang diubahsuai' kerana tidak mempunyai kontak rapat dengan kakitangan yang disahkan positif itu.

Beliau tetap meneruskan tugas hariannya melalui panggilan video dan memakai pelitup muka selama dua minggu.

Beliau juga perlu menjalani ujian saringan setiap hari yang mana setakat ini masih lagi dikesan negatif.

Amerika Syarikat kini mencatatkan lebih 78,000 kematian akibat Covid-19 dengan 1.3 juta individu disahkan positif.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2020 @ 2:35 PM