- Foto hiasan
- Foto hiasan
Agensi

Jakarta: Angka kematian akibat Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 973 dengan jumlah keseluruhan kes positif virus itu kini mencecah 14,032

CNN Indonesia melaporkan, seramai 2,698 pesakit dilaporkan sembuh dari wabak berkenaan.

Bilangan kes direkodkan itu meningkat sebanyak 533 berbanding semalam, mereka yang sembuh bertambah kepada 113 manakala 16 lagi meninggal dunia.

Jurucakap kementerian kesihatan, Achmad Yurianto berkata, jumlah itu adalah data yang direkodkan sehingga jam 12 tengahari tadi.

"Jumlah kes positif yang kita perolehi setakat jam 12 tengah hari tadi adalah seramai 14,032 pesakit," katanya.

Jakarta masih merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 5,056 diikuti 1,437 kes di Jawa Barat.

Data itu diambil daripada hasil ujian dijalankan terhadap 150,887 spesimen menggunakan kaedah Polymerase Chain Reaction (PCR).

Menurut Yurianto, ia sekaligus menjadi ukuran kepatuhan masyarakat terhadap peraturan kerajaan dan garis panduan kesihatan sebagai langkah untuk memutuskan rantai penularan Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2020 @ 6:12 PM