PENDUDUK Wellington, New Zealand mula keluar di bandar selepas pihak berkuasa sudah melonggarkan perintah kawalan berhubung Covid-19. FOTO AFP
PENDUDUK Wellington, New Zealand mula keluar di bandar selepas pihak berkuasa sudah melonggarkan perintah kawalan berhubung Covid-19. FOTO AFP
Agensi

Washington: Koronavirus baharu atau Covid-19 tidak akan hilang, tetapi sentiasa ada seperti virus HIV, kata seorang pegawai kanan di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

FOX News melaporkan Dr Mike Ryan yang bertanggungjawab berhubung isu kecemasan dengan badan dunia itu berkata demikian pada satu taklimat dalam talian, pada Rabu.

"Adalah penting untuk kita ingatkan: Virus ini adalah endemik di dalam komuniti. Ia mungkin tidak akan lenyap begitu sahaja," katanya.

Menurutnya, semua pihak perlu realistik dan tiada yang boleh menjangka bila Covid-19 akan lenyap.

"Saya fikir tiada jaminan dalam hal ini dan tiada tarikh (untuk virus itu lenyap). Ia akan mungkin menjadi masalah jangka panjang atau mungkin juga tidak," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2020 @ 9:57 AM