X
GAMBAR Hiasan
GAMBAR Hiasan
BERNAMA

New York: Kes positif Covid-19 di seluruh dunia mencecah 4.7 juta sehingga 6.32 petang semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Angka itu diperoleh hasil data yang dikumpul Center for Systems Science and Engineering (CSSE) di Universiti Johns Hopkins.

Sejumlah 314,950 menjadi korban pandemik Covid-19 di seluruh dunia.

Amerika Syarikat (AS) paling terkesan akibat pandemik itu yang merekodkan 1,486,375 kes, dengan 89,549 kematian.

Sementara negara, yang mempunyai lebih 200,000 kes adalah Rssia, Britain, Brazil, Sepanyol dan Itali, berdasarkan data CSSE.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2020 @ 1:16 PM