PETUGA keselamatan mencari mangsa yang tersepit dalam tragedi [esawat terhempas di Karachi. FOTO AFP
PETUGA keselamatan mencari mangsa yang tersepit dalam tragedi [esawat terhempas di Karachi. FOTO AFP
Agensi

KARACHI: Sebuah pesawat Pakistan International Airlines dipercayai membawa 99 penumpang dan lapan kru terhempas di sini, petang semalam.

BBC melaporkan pesawat itu dalam perjalanan dari Lahore ke Lapangan Terbang Jinnah di sini.

Gambar yang dikongsi pengguna media sosial menunjukkan asap tebal di lokasi kejadian.

Pesawat itu dikatakan terhempas di sebuah kawasan perumahan yang terletak kira-kira 3.2 kilometer timur laut dari lapangan terbang itu.

Sementara itu, CNN melaporkan bahawa pesawat PK 8303 dijadualkan mendarat di sini pada 2.30 petang waktu tempatan.

Laporan sama menyatakan juruterbang pesawat Airbus A320 itu dikatakan sempat membuat panggilan kecemasan mengatakan pesawat itu menghadapi masalah teknikal.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2020 @ 7:01 AM