X
ASKAR China bergambar berlatar belakang Kota Larangan. FOTO AFP
ASKAR China bergambar berlatar belakang Kota Larangan. FOTO AFP
Agensi

Jakarta: Pandemik Covid-19 sudah menjangkiti lebih lebih 5.3 juta penduduk dunia dan mengorbankan lebih 340,000 orang.

Daripada jumlah itu, Amerika Syarikat merekodkan jumlah jangkitan tertinggi dengan hampir 1.6 juta kes dan ia diikuti lebih 300,000 kes di Rusia dan Brazil.

Bagaimanapun, statistik menunjukkan virus ini mempunyai kesan berbeza kepada lelaki dan wanita.

BBC Indonesia melaporkan, kadar kematian perempuan dan lelaki yang dijangkiti Covid-19 menunjukkan perbezaan yang nyata.

Seperti di Amerika Syarikat, kadar kematian untuk pesakit lelaki adalah dua kali ganda, berbanding wanita.

Di Eropah pula, 69 peratus dari semua kematian akibat akibat pandemik itu juga adalah lelaki, manakala pola sama dapat dilihat di China dan negara lain.

Philip Goulder, seorang profesor imunologi di Universiti Oxford berkata, salah satu teori adalah imuniti

perempuan terhadap virus lebih kuat.

"Tindak balas imunisasi seorang perempuan terhadap vaksin dan jangkitan biasanya lebih agresif dan lebih efektif dibandingkan lelaki," katanya.

Salah satu penyebabnya adalah fakta perempuan memiliki dua kromosom X, manakala lelaki hanya memiliki satu.

"Ini perbezaan sekiranya dijangkiti virus Covid-19 ini.

"Virus ini tertarik dengan protein dan dikodkan pada kromosom X.

"Akibatnya, dos protein ini dua kali ganda lebih banyak sel pertahanan perempuan dibandingkan dengan lelaki sehingga tindak balas antibodi perempuan terhadap virus ini lebih kuat," katanya.

Menurutnya, faktor lain adalah perbezaan gaya hidup berbanding jantina.

"Terdapat perbezaan tingkah laku antara wanita dan lelaki.

"Contohnya seorang perokok mempengaruhi kesihatan seperti penyakit jantung, paru-paru kronik dan kanser.

"Perbezaan jantina bagi perokok sangat ketara di beberapa negara seperti China, di mana 50 peratus lelaki merokok dibandingkan dengan lima peratus wanitanya," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2020 @ 1:40 PM