SINGAPURA catat 533 kes baru Covid-19. FOTO AFP
SINGAPURA catat 533 kes baru Covid-19. FOTO AFP
Agensi

Jakarta/Singapura: Indonesia dan Singapura terus merekodkan peningkatan kes Covid-19 dengan pengesahan kes baharu hari ini.

Memetik portal Liputan6, Jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia, Achmad Yurianto berkata, kes positif Covid-19 bertambah 686 orang hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kepada 23,851 kes.

Katanya, wabak itu juga turut meragut 55 nyawa hari ini menjadikan angka kematian mencecah 1,473 kes.

Sementara itu portal Mediacorp melaporkan, sebanyak 533 kes baharu Covid-19 direkodkan di Singapura menjadikan jumlah jangkitan di republik itu mencecah kepada 32,876 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), tiga kes membabitkan rakyat Singapura atau penduduk tetap (PR).

Sebilangan besar jangkitan baharu itu membabitkan pekerja asing yang tinggal di asrama penginapan pekerja.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2020 @ 5:31 PM