NIKOL Pashinyan. FOTO AFP
NIKOL Pashinyan. FOTO AFP
Agensi

YEREVAN: Perdana Menteri Armenia Nikol Pashinyan dan keluarganya disahkan positif Covid-19.

Ia disahkan oleh Pashinyan menerusi rakaman video yang dimuat naik ke Facebook, pada Isnin.

"Keputusan ujian menunjukkan saya positif (Covid-19)," katanya sambil menambah isterinya yang juga wartawan, Anna Hakobyan dan empat anak mereka turut positif virus berkenaan.

Al-Jazeera melaporkan Pashinyan berkata, beliau tidak mempunyai sebarang gejala dan akan terus bekerja dari rumah.

Setakat ini, negara yang pernah menjadi sebahagian daripada Soviet Union itu merekodkan 9,492 kes Covid-19 dengan 139 kematian.

Laporan berhubung kesihatan perdana menteri itu selepas negara berkenaan menarik balik perintah darurat pada 4 Mac lalu.

Sebelum ini, Armenia menguatkuasakan perintah berkenaan selama kira-kira sebulan bagi mengekang penularan wabak berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2020 @ 11:50 AM