Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau berlutut bersama peserta perhimpunan. FOTO AFP
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau berlutut bersama peserta perhimpunan. FOTO AFP
AFP

Ottawa: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menyertai ribuan orang awam berlutut di hadapan Parlimen negara itu, sebagai tanda solidariti dengan peserta demonstrasi membantah keganasan polis di Amerika Syarikat (AS).

Ia susulan kematian lelaki Afrika-Amerika yang tidak bersenjata, George Flyod ketika ditahan polis di Minnesota, AS, pada 25 Mei lalu.

"Sejak beberapa minggu lalu, kita dapat lihat banyak rakyat Kanada tersedar bahawa diskriminasi sebegini sudah berlaku terlalu lama dan perlu berakhir," kata Trudeau.

Trudeau yang memegang baju-T 'Black Lives Matter', dan memakai pelitup muka dilihat menyertai peserta perhimpunan tidak jauh dari Kedutaan AS, dan kemudian bertafakur selama lapan minit dan 46 saat.

Ia sebagai simbolik tempoh pegawai polis berkulit putih meletakkan lututnya ke leher Floyd sehingga lelaki itu meninggal dunia.

Sejak video insiden itu tular di media sosial, demonstrasi bagi membantah kejadian itu meletus di seluruh AS dan beberapa ibu negara negara Eropah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2020 @ 11:11 AM