PENDUDUK berada di luar rumah selepas gempa bumi berkenaan. FOTO AFP
PENDUDUK berada di luar rumah selepas gempa bumi berkenaan. FOTO AFP
AFP

Mexico City: Gempa bumi kuat bermagnitud 7.4 menggegarkan selatan Mexico pada Selasa.

Ia menyebabkan lima orang terkorban.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami, tetapi ia ditarik balik.

Gempa itu berpusat dekat Crucecita, Oaxaca.

Bagaimanapun, gegaran dirasai sehingga Mexico City, yang terletak 700 kilometer (km) dari situ.

AFP melaporkan penduduk yang panik bergegas keluar rumah.

Semua mangsa yang maut di Oaxaca, dengan seorang daripadanya di Crucecita, , manakala empat lagi di bandar yang terletak dalam jarak 150 km dari situ.

Jurucakap pihak berkuasa berkata, bencana itu menyebabkan sedikit kerosakan di empat hospital, klinik, gereja, pasar dan bangunan lain.

Selain itu, 447 gempa susulan direkodkan dengan paluing kuat bermagnitud 4.6.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Jun 2020 @ 9:34 AM