MICROSOFT. FOTO AFP
MICROSOFT. FOTO AFP
AFP

SAN FRANCISCO: Microsoft akan menutup semua 80 kedai fizikalnya dan beroperasi secara dalam talian.

Hanya empat premis sahaja beroperasi dan dijadikan "experience centers" iaitu di London, New York, Sydney dan Washington.

Sebelum ini 80 kedai Microsoft itu ditutup sementara berikutan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia dan ini bermakna ia tidak akan dibuka terus.

Microsoft dalam kenyataannya berkata, mereka akan terus melabur di kedai digital di Microsoft.com dan kedai Xbox dan Windows.

Naib Presiden Korporat Microsoft David Porter berkata, pihaknya memperuntukkan dolar 450 juta untuk menampung kos penutupan lokasi.

"Penjualan kami berkembang dalam talian kerana portfolio produk kami telah berkembang menjadi penawaran digital.

"Pasukan berbakat kami sudah membuktikan kejayaan melayani pelanggan walaupun tidak berada di lokasi fizikal," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Jun 2020 @ 12:59 PM