MASJIDILHARAM. FOTO AFP
MASJIDILHARAM. FOTO AFP
AFP

Riyadh: Kes Covid-19 di Arab Saudi melepasi 200,000 dengan lebih 4,000 kematian.

Ia berdasarkan maklumat daripada kementerian kesihatan negara itu.

Angka itu sekali itu kekal menjadikan Arab Saudi sebagai negara Teluk paling terjejas akibat pandemik berkenaan.

Pada Jumaat, 4,193 kes baharu direkodkan, manakala lebih 140,000 orang disahkan sembuh daripada virus berkenaan.

Sebelum ini, negara berkenaan sudah mengumumkan untuk membenarkan hanya kira-kira 1,000 jemaah menunaikan ibadat haji pada tahun ini.

Ia sebagai langkah untuk mengurangkan risiko penularan wabak berkenaan.

Pada 2019, seramai 2.5 juta jemaah dari seluruh dunia menunaikan ibadat berkenaan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa sudah mengetatkan protokol kebersihan dan kesihatan untuk jemaah haji pada tahun ini.

Antaranya, hanya membenarkan jemaah di bawa usia 65 tahun dan tidak mempunyai penyakit kronik.

Ujian saringan terhadap jemaah haji juga dilaksanakan ketika jemaah memasuki Makkah.

Selepas menunaikan ibadat berkenaan, mereka perlu menjalani kuarantin di rumah.

Terdapat peningkatan kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 selepas perintah kawalan di negara itu mula dilonggarkan pada akhir Mei.

Bagaimanapun, setakat ini, ia masih belum membenarkan operasi penerbangan antarabangsa di negara itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Julai 2020 @ 10:21 AM