THE Louvre. FOTO AFP
THE Louvre. FOTO AFP
Agensi

Paris: Muzium terkemuka dunia, The Louvre di sini, akan dibuka semula Isnin ini.

Bagaimanapun, sebahagian kawasan di dalam bangunan itu masih ditutup kepada pengunjung.

Pengarahnya, Jean-Luc berkata, pihaknya menanggung kerugian lebih 40 juta Euro (RM192 juta) sejak muzium itu ditutup bermula 13 Mac lalu.

Pengunjung yang berhasrat mengunjungi muzium itu perlu mematuhi beberapa peraturan antaranya memakai pelitup muka dan tidak membawa makanan ringan.

Selain itu, mereka perlu berjalan mengikut laluan yang sudah ditandakan.

Tanda pada lantai juga ditetapkan di ruangan berhampiran potret Mona Lisa, yang lazimnya menjadi tumpuan utama pengunjung.

Ia bagi memastikan pengunjung akur dengan penjarakan sosial.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Julai 2020 @ 5:38 PM