X
MASJIDILHARAM. FOTO AFP
MASJIDILHARAM. FOTO AFP
AFP

Riyadh: Kes Covid-19 di Arab Saudi melepasi 200,000 dengan lebih 4,000 kematian berdasarkan maklumat kementerian kesihatan negara itu.

Angka itu sekali gus menjadikan Arab Saudi sebagai negara Teluk paling terjejas akibat pandemik berkenaan.

Pada Jumaat, 4,193 kes baharu direkodkan, manakala lebih 140,000 pesakit sembuh.

Sebelum ini, negara berkenaan mengumumkan memberi kebenaran hanya 1,000 jemaah menunaikan ibadat haji tahun ini.

Ia sebagai langkah mengurangkan risiko penularan wabak berkenaan.

Pada 2019, 2.5 juta jemaah dari seluruh dunia menunaikan ibadat berkenaan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa mengetatkan protokol kebersihan dan kesihatan jemaah haji.

Antaranya, hanya membenarkan jemaah kurang usia 65 tahun dan tiada penyakit kronik.

Ujian saringan terhadap jemaah haji juga dilaksanakan ketika jemaah memasuki Makkah.

Selepas menunaikan ibadat berkenaan, mereka perlu menjalani kuarantin di rumah.

Terdapat peningkatan kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 selepas perintah kawalan di negara itu dilonggarkan pada akhir Mei.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2020 @ 6:01 AM