X
FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
AFP

Wellington: Sebuah roket komersial yang membawa tujuh satelit dilaporkan 'hilang' selepas dilancarkan dari tapak pelancaran di New Zealand.

"Kita kehilangan roket itu," kata pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Rocket Lab, Peter Beck menerusi Twitter.

"Saya benar-benar memohon maaf atas kegagalan kami untuk menghantar satelit pelanggan," katanya.

Rocket Lab adalah syarikat Amerika Syarikat (AS) mempunyai anak syarikat milik penuh di New Zealand dan menawarkan perkhidmatan khusus bagi melancarkan satelit ke orbit rendah.

Firma itu disokong oleh syarikat AS seperti Khosla Ventures, Bessemer Venture Partners, Lockheed Martin, Promus Ventures dan Data Collective.

Ketika kejadian, roket itu membawa satelit untuk Spaceflight, Canon Electronics, Planet dan In-Space Missions.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2020 @ 9:56 AM