X
ANTARA hospital sementara yang dibuka bagi menempatkan pesakit Covid-19 di timur laut Sepanyol. FOTO AFP
ANTARA hospital sementara yang dibuka bagi menempatkan pesakit Covid-19 di timur laut Sepanyol. FOTO AFP
AFP

Barcelona: Sepanyol menguatkuasakan kembali perintah 'lockdown' di wilayah Catalonia, di timur laut negara itu.

Ia susulan peningkatan kes Covid-19 di Segria, termasuk zon yang menempatkan Lerida, kira-kira 150 kilometer di barat bandar raya ini.

Ia menjejaskan kira-kira 200,000 penduduk, namun perintah itu tidak membabitkan pekerja bermusim yang menuai hasil tanaman.

Selain itu, pergerakan antara zon di dalam wilayah itu juga dibenarkan.

Perintah itu ketika negara berkenaan sudah melonggarkan pelbagai sekatan termasuk membenarkan kemasukan pelancong dari negara Eropah lain.

Setakat ini, Sepanyol dengan 47 juta penduduk merekodkan 250,545 kes Covid-19.

Daripada jumlah itu, Lerida mencatatkan kira-kira 4,000 kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2020 @ 12:10 PM