SEORANG penternak Palestin memeriksa kerosakan di ladangnya susulan serangan pesawat tempur Israel. FOTO AFP.
SEORANG penternak Palestin memeriksa kerosakan di ladangnya susulan serangan pesawat tempur Israel. FOTO AFP.
BERNAMA

Baitulmaqdis: Pesawat tempur Israel melancarkan serangan dengan menyasarkan kawasan pertanian di timur Semenanjung Gaza pada Ahad malam, menurut agensi berita Anadolu.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Tentera Israel mendakwa pihaknya berjaya menyerang kawasan milik kumpulan Palestin Hamas.

Serangan udara itu sebagai tindak balas terhadap bedilan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza.

Setakat ini, tiada kumpulan Palestin di Gaza mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2020 @ 4:48 PM