PENDUDUK memakai pelitup muka sebagai langkah pencegahan Covid-19 di Bangkok. FOTO AFP)
PENDUDUK memakai pelitup muka sebagai langkah pencegahan Covid-19 di Bangkok. FOTO AFP)
BERNAMA

Bangkok: Gelombang pertama penularan Covid-19 di Thailand sudah berakhir selepas tiada kes baharu jangkitan tempatan untuk 44 hari berturut-turut.

Perkara itu dimaklumkan oleh pakar dari dari Bahagian Pencegahan Penyakit, Kementerian Kesihatannya, Dr Anupong Sujariyakul, pada Rabu.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan rakyat negara itu supaya bersiap sedia dengan penularan gelombang kedua pandemik berkenaan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial dan kerap mencuci tangan," katanya seperti dilaporkan Vietnam News Agency.

Beliau berkata, beberapa negara kini sudah dilanda gelombang kedua wabak berkenaan.

Dalam pada itu, Thailand merekodkan tiga kes import pada Rabu membabitkan tiga rakyatnya yang pulang dari luar negara.

Setakat ini, negara itu mencatatkan 3,197 kes Covid-19 dengan 58 kematian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2020 @ 10:05 AM