GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Agensi

Jakarta: Editor sebuah stesen televisyen di Indonesia ditemui mati, hari ini, dipercayai dibunuh di tepi lebuh raya berhampiran Pesanggrahan, Jakarta Selatan di sini.

Yodi Prabowo yang berkhidmat dengan Metro TV sebelum ini dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu.

Detik News melaporkan mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap, memakai jaket warna hijau dan bertopi keledar.

Motosikal mangsa ditemui beberapa puluh meter dari lokasi kejadian.

Selain itu, polis juga menemui baju seragam MetroTV dan telefon bimbit dipercayai milik mangsa.

Jurucakap Polis Metro Jakarta Selatan Irwan Susanto berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut di tempat kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 6:23 PM