AHMED Bassam Zaki. FOTO Agensi
AHMED Bassam Zaki. FOTO Agensi
Agensi

Kaherah: Baru berusia 22 tahun, tetapi lelaki Mesir ini didakwa melakukan jenayah seksual termasuk rogol membabitkan lebih lebih 50 perempuan.

Ada antara mangsa juga dikatakan berusia di bawah 18 tahun.

Lelaki itu, Ahmed Bassam Zaki mula melakukan perbuatan terkutuk berkenaan pada 2018 ketika berusia 20 tahun.

Egyptian Streets melaporkan ia selepas mangsa pertama yang juga penuntut American University of Cairo (AUC) tampil membuat laporan.

Wanita itu mendakwa Ahmed Bassam melakukan gangguan seksual terhadapnya dan dua lagi rakannya.

Salah seorang mangsa memuat naik status gangguan seksual dihadapinya di kumpulan Facebook RATE AUC PROFESSORS yang menerima banyak maklum balas.

Bagaimanapun, pentadbir Facebook itu kemudian memadam hantaran.

Selepas hantaran itu dipadam, puluhan wanita lain turut berkongsi di media sosial mengenai pengalaman sama dengan menceritakan kejadian dan gangguan seksual dilakukan Ahmed Bassam.

Malah, ada mangsa yang mendakwa lelaki terbabit turut mengugut dan menakut-nakutkan mereka.

Dalam pada itu, pihak berkuasa dalam satu kenyataan berkata, lelaki itu sudah ditahan bagi membantu siasatan. -

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2020 @ 7:30 AM