X
AKSI seorang pekerja di sebuah pasar raya di Kanada menggunakan air liur untuk membersih bakul. FOTO Agensi
AKSI seorang pekerja di sebuah pasar raya di Kanada menggunakan air liur untuk membersih bakul. FOTO Agensi
Agensi

Toronto: Seorang pekerja pasar raya di Kanada dibuang kerja selepas 'kantoi' menggunakan air liurnya untuk membersihkan bakul meletak barangan di premis itu.

Aksi lelaki itu meludah di atas tuala putih kecil untuk mencuci bakul di pasar raya itu menyebabkan mereka dikecam teruk ketika semua orang menjaga kebersihan di tengah wabak Covid-19.

Kejadian itu dirakam seorang pelanggan yang kemudian membuat laporan kepada pengurus pasar raya berkenaan.

Marta Casimiro yang merakam kejadian itu berkata, dia tidak percaya apa yang dilihatnya itu.

"Saya terkejut dan rasa tidak selesa," katanya sebagaimana dilaporkan portal TW News.

Dia kemudian merancang untuk menunjukkan video itu kepada pengurus namun mereka enggan melayaninya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2020 @ 7:10 AM