X
MAYAT Hasan ditemui dalam peti sejuk beku di atas kapal nelayan dari China. FOTO Agensi.
MAYAT Hasan ditemui dalam peti sejuk beku di atas kapal nelayan dari China. FOTO Agensi.
Agensi

Batam: Penyelia kapal nelayan Lu Huang Yuan Yu 118, dikenali sebagai S dinamakan sebagai suspek berhubung kematian seorang anak kapal dari Lampung, Hasan Afriandi.

Pihak polis mengesyaki penyelia berasal dari China itu mendera Hasan sehingga mati.

"Menurut anak kapal yang berasal dari Indonesia, mangsa maut kerana diseksa penyelia kapal berkenaan," kata Pengarah Jeneral Siasatan Jenayah Suruhanjaya Polis Kepulauan Riau, Arie Darmanto, Sabtu.

Kompas.com melaporkan, ketika pencarian, pihak polis dan tentera menemui mayat mangsa di dalam peti sejuk beku kapal berkenaan.

Arie berkata, S akan ditahan bila-bila masa, dan ketika ini suspek masih berada di atas kapal di dermaga Pangkalan Tentera Laut Batam.

"Ketika ini, suspek masih berada di atas kapal. Apabila tiba masa untuk penahanan, kita akan bekerjasama dengan anggota Batam Lanal yang berkawal di atas kapal itu," kata Arie.

Sejumlah anak kapal warga negara Indonesia di atas kapal nelayan dari China itu mengaku sering dianiaya dan diperlakukan secara kasar setiap hari oleh penyelia dan nakhoda kapal berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2020 @ 11:42 AM