KEADAAN bas berkenaan
KEADAAN bas berkenaan
AFP

Beijing: Lelaki yang memandu basnya ke dalam Tasik Hongshan di wilayah Guizhou, barat daya China dan menyebabkan 21 pelajar maut, minggu lalu dikatakan berbuat demikian kerana tertekan.

Media tempatan melaporkan Zhang, 52, tertekan kerana rumah disewanya bakal dirobohkan.

Siasatan polis juga mendapati lelaki itu minum alkohol sebelum berbuat demikian.

Pada kejadian itu, sebuah bas yang membawa pelajar dalam perjalanan menduduki peperiksaan untuk memasuki kolej terjunam ke dalam tasik.

Seramai 21 pelajar maut, manakala 15 yang lain cedera.

Insiden berkenaan berlaku tengah hari tadi di bandar Anshun dan menurut kenyataan saksi, ia turut membawa pelajar yang mahu menduduki peperiksaan 'gaokao', lapor saluran CCTV.

Rakaman kamera keselamatan yang dikongsi di media sosial oleh CCTV menunjukkan bas itu hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan sebelum terjunam ke dalam tasik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2020 @ 10:55 AM