GAMBAR fail pada 1 Jun menunjukkan penduduk membeli minuman keras di Johannesburg. FOTO AFP
GAMBAR fail pada 1 Jun menunjukkan penduduk membeli minuman keras di Johannesburg. FOTO AFP
AFP

Jonannesburg: Perintah berkurung pada malam kembali dikuatkuasakan di Afrika Selatan.

Ia susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dengan purata 12,000 kes setiap hari atau 500 kes setiap jam.

Presiden Cyril Ramaphosa ketika mengumumkan perkara itu berkata, ia membabitkan larangan keluar bermula jam 9 malam hingga 4 pagi.

Beliau turut mengumumkan larangan jualan minuman alkohol.

Pada masa sama, beliau turut memberi amaran ancaman Covid-19 di Afrika Selatan kini lebih buruk berbanding sebelum ini.

"Oleh kerana kita sudah jumlah kes jangkitan kini berada di kemuncak, adalah penting untuk kita tidak membebankan klinik dan hospital dengan kes kecederaan berkaitan dengan alkohol.

"Justeru, kita memutuskan untuk melarang aktiviti jualan atau pengedaran alkohol berkuat kuasa serta merta dalam usaha untuk mengekalkan kapasiti hospital," katanya.

Dalam pada itu, Ramaphosa berkata, lawatan keluarga dan acara sosial yang dipercayai menjadi punca penyebaran virus berkenaan juga tidak dibenarkan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2020 @ 12:26 PM