X
WANITA yang ditahan polis.  FOTO solarpix.com
WANITA yang ditahan polis. FOTO solarpix.com
Agensi

MADRID: Gempar apabila seorang wanita yang hanya memakai bikini masih sempat menari bersebelahan kereta yang terbabit kemalangan di Huelva di barat daya Sepanyol.

Euro Weekly News melaporkan kemalangan itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 8 pagi di persimpangan lebuh raya La Antilla Lepe, Sepanyol menghala ke Ayamonte.

Kemalangan menyebabkan kereta wanita berkenaan remuk, tetapi dia bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan.

Tidak lama selepas kejadian, anggota polis tiba di tempat kejadian.

Namun, wanita itu bertindak keterlaluan apabila cuba memeluk dan merampas kaca mata hitam seorang anggota polis.

Susulan itu, anggota polis cuba menghalang tindakan wanita terbabit sehingga berlaku pergelutan antara mereka.

KERETA mangsa yang remuk. FOTO solarpix.com
KERETA mangsa yang remuk. FOTO solarpix.com

Ia menyebabkan wanita itu ditahan.

Jurucakap pihak berkuasa berkata, ujian saringan mengesahkan wanita berkenaan disapati bebas daripada pengaruh alkohol dan dadah.

Bagaimanapun, dia tetap ditahan kerana memandu secara melulu dan bertindak agresif ketika tangkapan.

Dalam pada itu, insiden wanita itu menari di tepi keretanya sejurus selepas kemalangan tular di media sosial.

Ia menunjukkan wanita itu seperti dalam keadaan tidak waras dan menari tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

Tindakan wanita itu mengejutkan orang ramai yang seakan tidak percaya dengan apa disaksikan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2020 @ 7:15 AM