X
Agensi

New York: Bayi lelaki berusia 12 bulan mati ditembak di dalam kereta sorong bayi (stroller) di sebuah taman permainan kanak-kanak di sini, pada Ahad.

Ia selepas dua lelaki melepaskan tembakan ke arah sebuah keluarga yang berkelah di Bedford-Stuyvesant.

Mangsa disahkan sebagai Davell Gardner Jr.

Kejadian turut menyebabkan tiga lagi lelaki cedera.

Datuk Bandar New York Bill de Blasio mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

"Ia (kejadian itu) amat mengerikan," katanya ketika bercakap kepada pemberita berhubung dengan perkembangan Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2020 @ 11:21 AM