X
ORANG ramai duduk di luar bar dan restoran di Pantai Hermosa, Los Angeles, California. Negeri itu kembali menguatkuasakan beberapa langkah perintah pergerakan susulan peningkatan jangkitan Covid-19. FOTO AFP
ORANG ramai duduk di luar bar dan restoran di Pantai Hermosa, Los Angeles, California. Negeri itu kembali menguatkuasakan beberapa langkah perintah pergerakan susulan peningkatan jangkitan Covid-19. FOTO AFP
BERNAMA

Washington: Amerika Syarikat (AS) membatalkan peraturan baharu yang tidak membenarkan pelajar antarabangsa tinggal di negara itu, jika kursus diadakan secara dalam talian untuk semester akan datang.

Perintah berkenaan dikeluarkan hakim persekutuan Allison Burroughs pada Selasa susulan tuntutan difailkan minggu lalu oleh Universiti Harvard dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) terhadap peraturan baharu kerajaan persekutuan itu, lapor agensi berita Xinhua.

Peraturan itu diumum Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) pada 6 Julai tetapi masih belum dilaksanakan, mencetuskan kemarahan institusi pendidikan tinggi negara itu.

Di bawah peraturan baharu itu memaksa pelajar antarabangsa memilih sama ada menghadiri sekurang-kurangnya satu kelas - berpindah ke pusat pendidikan lain jika universiti mereka hanya menawarkan kursus secara dalam talian disebabkan Covid-19 - dan perlu meninggalkan AS kerana visa pelajar mereka akan dibatalkan.

Berikutan perintah mahkamah itu, ICE akan membenarkan semula pelajar antarabangsa tinggal di AS dan mengikuti semua kelas mereka secara dalam talian semasa wabak.

Burroughs berkata, perintah mahkamah itu juga berkuat kuasa kepada semua institusi pendidikan tinggi di seluruh negara.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2020 @ 10:27 AM