GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
AFP

Sydney : Seorang pelancong wanita dikejarkan ke hospital selepas terkena ekor paus ketika melakukan aktiviti snorkeling di pantai barat laut Australia.

Ketika kejadian, pelancong berkenaan melakukan aktiviti itu di Terumbu Karang Ningaloo.

Perkhidmatan kecemasan menghantar wanita itu ke lapangan terbang sebelum dia diterbangkan untuk mendapat rawatan lanjut di Perth.

"Dia mengalami kecederaan pada bahagian dada dan dikatakan dalam keadaan serius tetapi stabil," kata seorang jurucakap St John Ambulans.

Laporan lain mengatakan wanita berusia 29 tahun itu diserang oleh yu paus iaitu spesies ikan terbesar di dunia yang panjangnnya boleh mencecah 15 meter .

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Ogos 2020 @ 6:55 PM