AKSI Sami mendaki bukit berbatu tanpa menggunakan tali menarik perhatian warganet. FOTO Agensi
AKSI Sami mendaki bukit berbatu tanpa menggunakan tali menarik perhatian warganet. FOTO Agensi
Agensi

Vientiane: Seorang sami di Laos mengejutkan pelancong apabila mampu mendaki bukit berbatu yang curam tanpa menggunakan sebarang peralatan khas.

Daily Star melaporkan, Vung Lomlalaiy menyedarinya sewaktu mendaki bukit berbatu untuk sampai ke kuil Ban Keun.

Vung sempat merakam video berkenaan menggunakan telefon bimbitnya sebelum dimuat naik di TikTok.

Rakaman video itu menunjukkan Vung merakam aksinya mendaki bukit berbatu.

Dia kemudian menghalakan kamera ke arah seorang sami memakai jubah berwarna kuning dan berkaki ayam.

Sami itu dilihat mendaki bukit itu tanpa menggunakan sebarang peralatan khas.

Perkongsian video itu ternyata menarik perhatian ramai apabila meraih lebih 3.2 juta tontonan.

Pelbagai komen yang turut ditinggalkan warganet sebagai reaksi terhadap video berkenaan.

Salah seorangnya mengatakan cengkaman kaki sami berkenaan lebih kuat kerana tidak memakai kasut tetapi ia menyakitkan buat kebanyakan orang.

Sementara itu, ada juga yang menyamakan sami berkenaan dengan watak utama dalam filem fiksyen, The Last Airbender.

"Sami itu mempunyai kekuatan luar biasa," kata seorang lagi warganet.

Sementara itu, beberapa pendaki berpengalaman menganggap sami berkenaan menggunakan teknik zig zag untuk sampai ke puncak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2020 @ 5:59 AM