BOMBA memadam kebakaran berkenaan. FOTO Twitter
BOMBA memadam kebakaran berkenaan. FOTO Twitter
Agensi

Jeddah: Bomba memadamkan kebakaran di kawasan kejiranan Sulaymaniyah berhampiran dengan sebuah Stesen Keretapi Laju Haramain yang menghubungkan Makkah dan Madinah.

Jurucakap pertahanan awam berkata, kebakaran berpunca daripada sebuah kabin sementara yang digunakan sebagai pejabat kontraktor.

Saudi Gazzete melaporkan kejadian tidak menyebabkan kemalangan jiwa atau kecederaan memandangkan tiada individu di dalam kabin pada masa kejadian.

Pada September 2019, salah satu stesen kereta api di sini, turut terbakar.

Bagaimanapun, tiada mangsa meninggal dunia dalam kejadian berkenaan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2020 @ 11:40 AM