KEADAAN banjir berikutan hujan lebat di Seoul, Korea Selatan. FOTO AFP
KEADAAN banjir berikutan hujan lebat di Seoul, Korea Selatan. FOTO AFP
AFP

Seoul: Tanah runtuh dan banjir yang berpunca dari hujan lebat di Korea Selatan menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang mati dan 12 hilang.

Pihak berkuasa juga memberi amaran keadaan ini akan berterusan.

Hujan lebat melanda seluruh negara sejak awal bulan ini, tetapi hampir separuh daripada kematian itu berlaku dalam tiga hari terakhir, menurut Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan.

Sejak Jumaat lalu, lebih 3,700 orang dipindahkan dari kediaman mereka selepas banjir di wilayah selatan yang paling teruk melanda negara itu.

Secara keseluruhan, hampir 6,000 orang dipindahkan dari kediaman mereka di seluruh negara bulan ini, dengan sekitar 4,600 dari mereka tinggal di tempat perlindungan sementara.

Antara mangsa adalah seorang lelaki berusia 80-an yang ditemui mati selepas tertanam dalam runtuhan tanah bersama traktornya. Seorang lelaki berusia 61 tahun dan seorang wanita berusia 59 tahun terbunuh selepas rumah mereka musnah akibat tanah runtuh.

Pihak berkuasa juga mengeluarkan amaran tanah runtuh untuk 24 wilayah.

Sekurang-kurangnya 667 kejadian tanah runtuh dilaporkan setakat ini pada bulan Ogos.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2020 @ 8:09 PM