AFP

Beirut: Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab mengumumkan peletakan jawatan pada Isnin susulan insiden letupan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 160 orang, Selasa lalu.

Diab, 61, membuat pengumuman itu secara langsung di televisyen ketika protes besar-besaran di seluruh negara susulan tragedi berkenaan.

"Hari ini kita akur dengan tuntutan mereka yang mahu pihak bertanggungjawab terhadap bencana ini.

"Saya mengumumkan peletakan jawatan kerajaan ini. Semoga tuhan melindungi Lubnan," katanya.

Insiden pada Selasa lalu berpunca daripada ammonium nitrat yang dipercayai disimpan di pelabuhan berkenaan.

Setakat ini, lebih 5,000 turut dilaporkan cedera dengan lebih 30,000 hilang tempat tinggal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2020 @ 8:36 AM