POLIS mengadakan rondaan di Melbourne selepas pengumuman perintah berkurung. FOTO AFP
POLIS mengadakan rondaan di Melbourne selepas pengumuman perintah berkurung. FOTO AFP
AFP

Melbourne: Perintah berkurung di Melbourne disambung dua minggu lagi walaupun jumlah jangkitan virus Covid-19 sudah menurun.

Ia berikutan jumlah kes yang rendah itu tidak cukup untuk memberi jaminan bahawa kes baharu tidak naik semula.

Perintah berkurung enam minggu oleh penduduk Melbourne sepatutnya berakhir minggu depan namun ia disambung lagi hingga 28 September depan.

Ketua Kerajaan Victoria, Daniel Andrews berkata jika ia dibuka terlalu cepat ada kemungkinan gelombang ketiga berlaku.

Victoria mencatatkan 63 kes baru dan lima kematian pada hari Ahad, sebelum ini pernah mencapai 700 kes sehari, namun kini kementerian kesihatannya mengambil langkah berhati-hati.

Harapan untuk penduduk menjalani kehidupan normal hujung bulan ini musnah apabila banyak perintah larangan perlu dipatuhi antaranya sekatan jumlah pengunjung ke rumah, had perjalanan tidak melebihi lima kilometer akan kekal sekurang-kurangnya hingga 26 Oktober depan.

Mengumumkan sedikit pelonggaran sekatan, Andrews berkata virus akan kembali jika tidak dikawal.

"Perintah berkurung waktu malam sebelum ini dilanjutkan hingga jam 9 malam, manakala waktu untuk bersukan ditambah dua jam.

"Pusat jagaan kanak-kanak akan dibuka semula dan lima orang boleh berkumpul di luar rumah bermula hujung September namun ia berlaku jika kes menuruh 50 kes baharu setiap hari," katanya.

Peraturan untuk penduduk Victoria wilayah akan dilonggarkan dengan lebih cepat kerana bilangan kecil kes aktif di kawasan tersebut.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas penunjuk perasaan anti-perintah berkurung ditahan di Melbourne.

Ratusan menghadiri perhimpunan haram dianjurkan secara dalam talian oleh ahli teori konspirasi itu, yang melabelkan tindakan pemerintah terhadap pandemik itu adalah penipuan.

Australia yang mempunyai populasi 256 juta dilihat berjaya mengawal virus itu daripada merebak dan kini mencatatkan 26,000 kes positif Covid-19 dengan 753 kematian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2020 @ 2:16 PM