GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Agensi

Singapura: Seorang wanita dihukum denda 7,500 dolar Singapura (kira-kira RM22,768) kerana mencalarkan sebuah kereta dengan menggunakan kunci rumah.

Hukuman itu selepas wanita berkenaan, Ang Guat Beng, 76, mengaku salah atas pertuduhan berkenaan di sebuah mahkamah di sini.

Berdasarkan fakta kes, seorang lelaki dan isterinya yang menaiki kereta meletak kereta milik mereka untuk pergi ke rumah rakan bagi meraikan Tahun Baru Cina.

Mereka turut mengalihkan tong sampah kepunyaan pemilik rumah tidak dikenali.

Tindakan itu menyebabkan pemilik rumah berkenaan berang dan mencalarkan kereta terbabit itu dengan kunci rumahnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2020 @ 6:01 PM