BERNAMA

Abuja: Sekurang-kurangnya 219 tahanan melarikan diri dari penjara di timur laut Uganda, lapor Agensi Anadolu memetik laporan media tempatan pada Khamis.

Banduan menanggalkan pakaian seragam penjara dan melarikan diri tanpa berpakaian.

Jurucakap tentera dalam satu kenyataan menyatakan setakat ini dua tahanan ditangkap dan dua terbunuh.

Seorang pengawal dilaporkan dibunuh oleh tahanan, yang melarikan diri dengan 15 senapang.

Usaha sedang dijalankan untuk menangkap banduan yang melarikan diri, kata pegawai.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2020 @ 12:40 PM