GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

Washington: Satu majlis perkahwinan di pedalaman Amerika Syarikat menjadi mimpi ngeri apabila tujuh maut, manakala 177 lagi dijangkiti Covid-19.

Ia berpunca daripada individu yang menghadiri majlis berkenaan.

Majlis perkahwinan berlangsung pada awal Ogos lalu dihadiri 65 orang berbanding 50 orang yang dibenarkan dalam sesuatu perhimpunan.

Upacara berlangsung di sebuah gereja sebelum majlis resepsi di Big Moose Inn di bandar Millinocket yang memiliki 4,000 populasi.

Dilaporkan, 10 hari kemudian 24 orang yang menghadiri perkahwinan itu diuji positif Covid-19 sekali gus mendorong Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) di Maine dibuka untuk siasatan lanjut.

Pengarah pusat berkenaan, Nirav Shah mendedahkan, tujuh yang maut itu tidak menghadiri majlis terbabit.

Usaha menjejaki kontak rapat majlis terbabit dilakukan.

Sebanyak 10 lagi kes ditemui di sebuah gereja di Baptist di kawasan sama, manakala 39 lagi jangkitan dan enam kematian berada di rumah jagaan kira-kira 160 kilometer dari Millinocket.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2020 @ 5:00 PM