AMIR kehilangan kerja selepas membantu seorang wanita menjadi mangsa ragut.  FOTO Agensi
AMIR kehilangan kerja selepas membantu seorang wanita menjadi mangsa ragut. FOTO Agensi
Agensi

Washington: Seorang pekerja pasar raya tidak menyangka niat baiknya membantu seorang wanita yang diragut membawa 'ganjaran' kehilangan kerja.

Amir Shedyak, 20, yang bekerja di Pasaraya Hannaford di Essex selama empat tahun dan sering dinobatkan pekerja cemerlang bulanan kehilangan kerja selepas membantu seorang wanita menjadi mangsa ragut.

Seorang lelaki mendekati Amir dan mengatakan kepadanya seorang wanita baru saja dirompak.

"Saya diberitahu beg tangan seorang wanita tua dicuri," kata Amir yang juga sukarelawan bomba memberitahu stesen CBS tempatan WCAX3.

Katanya, dia melihat seorang lelaki berlari melintasi tempat letak kereta dengan beg tangan di tangannya.

Amir mengejarnya dan menarik suspek dari belakang dan menahannya sebelum memanggil polis.

Suspek dapat melarikan diri tetapi Amir dapat kembali beg tangan wanita itu.

"Wanita itu berusaha menawarkan wang kepada saya, tetapi saya tidak mahu wang dan hanya melakukan perkara yang betul," katanya.

Polis mengesahkan peragut berkenaan, Adrian Moore, 29, sudah ditahan dan bakal didakwa.

Bagaimanapun, tidak lama selepas kejadian itu, Amir pula yang dipecat.

"Kami tidak mahu memberi komen mengenai masalah kakitangan," kata Hannaford dalam satu kenyataan kepada stesen TV.

Pendakwa raya tempatan Pietro Lynn berkata, Amir kemungkinan dipecat berikutan pasar raya itu tidak mahu menanggung risiko sekiranya disaman.

"Banyak kes berlaku di Vermont yang mana majikan tidak mahu bertanggungjawab di atas tindakan dilakukan pekerjanya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 September 2020 @ 3:37 PM