GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Agensi

New Delhi: Disebabkan enggan berkongsi air untuk pengairan, seorang petani di Uttar Pradesh, wilayah utara India, maut dipenggal rakan petaninya dengan penyodok tanah.

Nathu Lal Jatav, 56, meninggal dunia di tapak tanamannya di perkampungan Din Nagar Sheikhpur, dalam kejadian Isnin lalu.

Polis mengenal pasti suspek sebagai Roop Kishore susulan laporan dibuat anak Jatav, Ompal.

Superintendan Siddharth Verma berkata, pihaknya membuka siasatan awal terhadap Kishore dan operasi memburu suspek giat dilakukan.

"Dia didakwa melakukan pembunuhan. Siasatan lanjut turut dilakukan sama ada wujud pembabitan orang lain," katanya seperti Gulf News.

Insiden berlaku apabila Kishore berang selepas Jatav yang sedang menyiram tanamannya menolak permintaan Kishore supaya berkongsi air untuk tanamannya juga.

Jatav dikatakan menolak permintaan Kishore dengan alasan tanaman memerlukan banyak air.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2020 @ 11:29 AM