LOKASI kejadian Serenity (gambar kiril) dibunuh dengan kejam oleh ibunya, Simone (gambar kanan).
LOKASI kejadian Serenity (gambar kiril) dibunuh dengan kejam oleh ibunya, Simone (gambar kanan).
Agensi

Chicago: Seorang ibu bertindak kejam apabila sanggup membunuh anaknya sendiri dengan mengelar leher mangsa dengan pisau.

Simone Austin, didakwa membunuh anak perempuannya Serenity Arrington, 5, di kediaman mereka di sini.

Perbuatan itu dilihat sendiri kakak mangsa yang berusia lapan tahun melalui lubang kunci pintu bilik.

Kanak-kanak malang itu dikelar di leher, menurut polis di rumah keluarga mangsa di sini.

Austin yang disifatkan seorang peramah dan suka tersenyum dikatakan menyerang anaknya dengan pisau bergeriji.

Portal mirrok.co.uk melaporkan, dalam satu pendengaran di mahkamah semalam, wanita berusia 27 tahun itu meminta kakak mangsa meninggalkannya bersama Serenity di dalam bilik.

Berdasarkan keterangan, Austin dikatakan menarik pisau dari bawah bantal dan mengelar leher anaknya, sementara kakak mangsa melihat menerusi lubang kunci.

Sebaik melihat kejadian, kakak mangsa dikatakan menjerit sebelum menolak pintu dan berlari ke arah ibunya.

Dia kemudian menarik rambut ibunya dan cuba menarik wanita itu jauh dari Serenity.

CBS Chicago melaporkan, ketika kejadian, datuk kanak-kanak malang yang tinggal bersama mereka keluar minum kopi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2020 @ 5:59 AM