Emir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah. FOTO AFP
Emir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah. FOTO AFP
BERNAMA

Kuwait: Emir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah meninggal dunia pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua, menurut Amiri Diwan.

Pada 23 Julai, Emir berlepas ke Amerika Syarikat untuk menjalani rawatan lanjut berikutan pembedahannya baru-baru ini, lapor Agensi Berita Kuwait (KUNA).

Beliau dimasukkan ke hospital pada 18 Julai untuk pemeriksaan dan menjalani pembedahan sehari kemudian, memetik Menteri Amiri Diwan Sheikh Ali Jarrah Al-Sabah.

Buat masa ini, Putera Mahkota Kuwait Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah memangku sebahagian tugas Emir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2020 @ 8:14 AM