GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Beijing: Angka kematian Covid-19 di seluruh dunia melampaui satu juta, mencapai 1,000,040 pada Selasa, menurut jumlah terbaru dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sehingga jam 5.08 petang Cest (1508 GMT) pada Selasa, terdapat 33,249,563 kes Covid-19 yang disahkan, termasuk 1,000,040 kematian, dilaporkan kepada WHO.

Di Algeria, terdapat 155 kes Covid-19 baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 51,368, kata Kementerian Kesihatan.

Ia juga mengumumkan tujuh kematian baharu akibat Covid-19, menjadikan angka kematian di negara Afrika Utara itu kepada 1,726.

Di Lima, sebanyak 10 peratus kematian akibat Covid-19 di Peru membabitkan pesakit dengan penyakit kardiovaskular, kata Pengarah Koordinator Penyakit Tidak Berjangkit, Jorge Hancc.

Pakar itu berkata, penyakit jantung adalah satu daripada risiko utama kematian Covid-19, yang sehingga kini sudah meragut 32,324 nyawa di Peru dan menjangkiti 808,714 orang.

Sementara itu di Tripoli, sebanyak 801 kes baharu dilaporkan di Libya, menjadikan keseluruhan kes kepada 34,014.

Pusat Kawalan Penyakit Kebangsaan Libya juga mengumumkan 384 pemulihan baharu dan 13 kematian lagi, meningkatkan jumlah pemulihan di Libya kepada 18,902 dan jumlah kematian menjadi 540.

Di Ankara, kes Covid-19 harian Turki meningkat sebanyak 1,427, menjadikan jumlah pesakit yang disahkan menjadi 317,272, kata Kementerian Kesihatan Turki.

Sementara itu, 68 orang mati dalam 24 jam terakhir, menjadikan jumlah kematian kepada 8,130, menurut data yang dikongsi oleh kementerian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2020 @ 10:31 AM