FOTO fail menunjukkan Andrzej Duda. FOTO EPA
FOTO fail menunjukkan Andrzej Duda. FOTO EPA
AFP

Warsaw: Presiden Poland, Andrzej Duda disahkan positif Covid-19.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Negara Pejabat Presiden, Blazej Spychalski, pada Sabtu.

"Tuan Puan semua, seperti yang disyorkan Presiden Andrzej Duda sudah menjalani ujian Covid-19 semalam.

"Keputusan ujian itu positif. Presiden dalam keadaan baik," tulisnya di Twitter, hari ini.

Jumlah kes Covid-19 di negara itu mencecah 228,318 kes dengan 4,172 kematian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 4:44 PM