CHANG mencatat rekod melantun belon buih sabun sebanyak 290 kali. FOTO Twitter Guinness World Records.
CHANG mencatat rekod melantun belon buih sabun sebanyak 290 kali. FOTO Twitter Guinness World Records.
Agensi

Taipei: Seorang penuntut di Taiwan memecahkan rekod, Guinness World Records apabila berjaya melantun belon buih sabun sebanyak 290 kali di tangannya sebelum pecah.

Chang Yu-Te dari Taoyuan berkata, dia tertarik dengan persembahan belon buih selepas melihat video di internet yang menunjukkan cubaan seseorang untuk mencipta rekod dunia.

Sejak itu dia mula melakukan latihan sendiri dan percubaan untuk memecah rekod itu

Di Twitter, badan rekod dunia itu menciap video rasmi Chang dalam percubaan memecah rekod dan berjaya melakukannya dengan satu belon buih saja.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2020 @ 7:00 AM