MARCOS Paulo da Silva.
MARCOS Paulo da Silva.
Agensi

Sao Paulo: Tidak menyesal membunuh banduan lain. Itu pengakuan seorang banduan di Brazil yang sudah membunuh 48 banduan lain sejak dipenjara 25 tahun lalu.

Marcos Paulo da Silva yang kini berusia 42 tahun pada awalnya dipenjarakan selepas disabitkan kesalahan mencuri pada 1995.

Sejak itu, lelaki ini menjadi mimpi ngeri buat banduan lain apabila banyak kali membunuh individu yang menjalani hukuman penjara yang sama dengannya.

Dia bakal menghuni penjara sehingga ke akhir hayat apabila jumlah hukuman penjara terkumpulnya atas pelbagai kesalahan adalah 217 tahun.

Ini belum lagi dikira dengan dakwaan baharu yang belum dibicarakan.

The Sun melaporkan dia memenggal kepala banduan kerana mendakwa mereka mengambil kesempatan ke atas tahanan lain, mencuri dan memperkosa.

"Saya sama sekali tidak menyesal membunuh orang-orang ini," katanya kepada hakim dalam satu prosiding di mahkamah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2020 @ 7:05 AM