TIGA sekeluarga digilis traktor. FOTO Agensi.
TIGA sekeluarga digilis traktor. FOTO Agensi.
Agensi

New Delhi: Hanya kerana berebut tanah, tiga sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak maut digilis traktor dipandu seorang lelaki di Madhya Pradesh, daerah Hoshangabad, dekat sini.

Mangsa dikenali sebagai Rajendra Yaduvanshi, 35; Kunwar Yaduvanshi, 32 dan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun.

Kejadian dipercayai berlaku apabila seorang lelaki dipercayai dengan sengaja melanggar ketiga-tiga individu itu selepas berlaku pertikaian berhubung tanah.

Ia hanya disedari selepas lelaki itu menyerah diri di balai polis bersama traktor dipandunya.

Suspek kini ditahan atas kesalahan membunuh, kata polis.

Sejak kejadian itu, pihak polis berkumpul di kampung berkenaan kerana dikhuatiri berlaku ketegangan di situ.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 November 2020 @ 8:24 AM