ASHER Hurley. FOTO Agensi
ASHER Hurley. FOTO Agensi
Agensi

Richmond: Seorang kanak-kanak lelaki di Virginia, Amerika Syarikat, meninggal dunia selepas bom tangan era Perang Dunia Kedua yang dibelinya di pusat beli-belah barangan antik meletup, kata pihak berkuasa.

People.com melaporkan, Asher Hurley, 12, dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian 23 Disember lalu.

Bom tangan jenis MK2 itu dibeli mangsa di sebuah pusat beli-belah menjual barangan antik di Shallote di Carolina Utara, kata jurucakap Biro Alkohol, Tembakau dan Bahan Letupan kepada portal itu.

Penjual dipercayai tidak menyedari bom tangan itu masih aktif ketika menjualnya kepada mangsa.

Dalam maklum balas kepada The New York Times, pusat beli-belah berkenaan memaklumkan penjual yang sama turut menjual bom tangan lain pada hari berikutnya.

Kata pengurusan itu lagi, mereka berdukacita dengan insiden yang berlaku kerana beranggapan barangan yang dijual, sudah lusuh.

Dalam siasatan lanjut, pihak berkuasa percaya ada sebutir lagi bom tangan dijual oleh penjual sama kepada individu lain, pada Jun tahun lalu.

"Kami memberi amaran kepada pembeli bahawa barangan berkenaan boleh menyebabkan letupan kepada orang awam," kata jurucakap pihak berkuasa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 6:31 AM